Kicauan burung di pagi hari telah mengimbau kembali kisah cinta masa lalu dalam hidupku....tapi...semua itu hanya kenangan dalam hidupku....ehmmm...CINTA...
cinta ibarat satu permainan dalam kehidupanku...
tak pernah ada cinta yang kekal...
cinta kadang kala buat aku leka dan terlena dengan kehidupanku sendiri...
cinta juga...membuatkan aku keliru tentang perasaanku sendiri...
hatiku sering meronta-ronta untuk lari dari cinta...
aku benci cinta...hatiku terluka kerna cinta...
"Awak ingat awak tu sapa nak mempermainkan hidup saya. Awak ingat saya ni tak ada perasaan atau tunggul. Tergamak awak buat saya macam ni. Saya sayangkan awak saya berikan sepenuh kepercayaan terhadap awak tapi ini yang saya dapat." Nia tidak dapat lagi menahan kemarahnya. Dia begitu kecewa terhadap sikap Amir. Lantas Nia terus melarikan diri.
"Nia tunggu!"
"Awak nak apa lagi ?"
"Dengar la dulu penjelasan I"
"What ever la Amir. I dah tak nak ambil tahu pasal hidup you. Hati I benar-benar sakit dan hancur kerana you. Semuanya dah jelas I nampak dengan mata I sendiri!"
"Nia please forgive me"
"Cukup Amir. Hubungan kita sampai di sini saja. I dah tak sanggup nak hidup dalam kebohongan cinta you lagi. I hate you so much". Deras air matanya mengalir di pipi namun dia tetap kuatkan semangat untuk berkata-kata.
"Tak habis termenung lagi ke Cik Nia"
.....bersambung.....














0 comments:
Post a Comment